Kelas E-Learning Sains

14 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning diatas permintaan peserta sendiri yang datang ke pusat internet. Kelas ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk belajar secara atas talian disamping pendedahan kepada penggunaan ICT. Selain itu, kelas ini diadakan bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Tambahan, peserta diperkenalkan dengan laman sesawang yang membolehkan peserta untuk membuat latihan sains secara berterusan dengan menggunakan aplikasi kahoot atau Quizizz dengan pelbagai set soalan latihan mengenai sains.

Peserta juga turut diajarkan menggunakan laman sesawang carian Google bagi mendapatkan maklumat berkaitan semasa proses membuat soalan latihan sains ini. Akhir sekali, peserta juga dapat melatih diri membiasakan penggunaan papan kekunci dan tetikus. Kelas yang bermula pada jam 2:30 petang dan tamat pada jam 4:30 petang, berjalan dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali